Wednesday, 25 January 2017

TAHUKAH ANDA : MAKANAN GI RENDAH BOLEH MEMBUATKAN ANDA BERASA KENYANG LEBIH LAMA DAN LAMBAT RASA LAPAR

Carta Menunjukkan Bagaimana Makanan Yang GI Tinggi Menyebabkan Cepat Berasa LAPAR @ KENYANG


MAKANAN GI RENDAH BOLEH MEMBUATKAN ANDA BERASA KENYANG LEBIH LAMA DAN LAMBAT RASA LAPAR

Sudah pasti ianya menyihatkan tubuh badan anda untuk jangka panjang. Justeru makanan GI rendah sangat membantu mereka yang bercadang untuk diet dan menjalani GAYA HIDUP LEBIH SIHAT

APA ITU GLYCEMIC INDEX(GI)

Glycemic Index ialah ukuran KARBOHIDRAT dalam makanan berdasarkan >>> berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras GLUKOSA(Gula) dalam DARAH. Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas INSULIN dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan

KENALI MAKANAN YANG GI RENDAH
KANDUNGAN PURATA GI DALAM MAKANAN ANDA

KEBAIKAN MAKANAN GI RENDAH ANTARANYA IALAH :-
1i)   Mengawal diet pemakanan lebih sihat
2ii) Perut sentiasa kenyang dan lambat lapar berbanding makanan tinggi GI
3iii) Membantu mengawal peningkatan kolesterol dalam darah
4iv) Membantu paras gula dalam darah menjadi lebi stabil

MENGAPA PENTINGNYA MEMAHAMI KONSEP GI
----------------------------
Semakin tinggi nilai G.I semakin banyak INSULIN yang akan dirembeskan oleh kerana tindakbalas KARBOHIDRAT tersebut. Ini menjurus kepada terjadinya fenomena yang dikenali sebagai “Insulin Spike”. Ketika fasa ini INSULIN akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi GLUKOSA ke dalam sel.

Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber GLUKOSA, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan, sekaligus mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak. Sekarang anda faham mengapa anda tidak pernah berasa puas atau kenyang setelah mengambil minuman/makanan yang manis?

APA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI INSULIN SPIKE
----------------------------
Umum sedia maklum fungsi hormon insulin, iaitu sebagai hormon yang bertanggungjawab untuk 4 perkara berikut (disusun mengikut turutan):

1 – membawa glukosa ke dalam sel
2 – menukarkan glukosa kepada glycogen di dalam sel
3 – membawa glycogen yang berlebihan di sel untuk disimpan sementara di hati
4 – menukarkan glycogen yang berlebihan di hati kepada LEMAK


Memandangkan insulin adalah hormon yang bertanggungjawab kepada 4 proses biokimia di atas, maka secara teorinya, jika kita berjaya mengurangkan kadar rembesen insulin, secara tidak langsung kita sebenarnya berjaya mengurangkan risiko untuk karbohidrat yang diambil ditukarkan kepada lemak badan

KESIMPULANNYA :- Untuk diet yang lebih sihat agar perut kurang berasa lapar. Perhatikan pengambilan makanan yang rendah GI dalam diet harian. Keadaan ini supaya agar INSULIN tidak dirembeskan terlalu banyak dalam satu-satu masa sehingga merasa cepat lapar kembali dan memerlukan makanan baru untuk dimakan(Tambahan Kalori baru dalam tubuh perlu dimasukkan)

No comments:

Post a Comment