TAHUKAH ANDA?
Minum air secukupnya yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari mampu membuatkan anda lebih cergas dan sihat
MANFAAT AIR BAGI TUBUH MANUSIA |
Garis panduan bagi setiap 25KG berat tubuh badan manusia perlu ambil 1 liter air. Ini bermakna jika berat tubuh 75KG sebanyak 3 liter air masak yang perlu diambil
Ramai yang salah anggap minum banyak air masak setiap hari akan naikkan berat badan anda. Sebenarnya fakta itu salah. Minum banyak air masak tidak akan menaikkan berat badan anda. Dengan syarat tubuh badan perlu aktif dan banyak bergerak serta melakukan beberapa kerja fizikal seperti mengemas rumah, menyapu sampah, berjalan di taman, bersenam dan sebagainya. Berbalik sekiranya minum air masak yang banyak tapi berehat didepan TV sepanjang hari sudah pasti kebaikkan akan bertukar menjadi keburukan kepada anda
APAKAH KEBAIKKAN AIR KEPADA TUBUH :-
Banyak kebaikkan yang diperolehi oleh tubuh manusia kerana sebahagian besar tubuh terdiri daripada air. Semakin banyak air dalam tubuh dengan secukupnya semakin aktif fungsi tubuh bertindakbalas seperti buah pinggang, jantung, saluran darah, hati dan sebagainya. Justeru berikut adalah manfaat air kepada tubuh :-
- Air merupakan asas kepada berbagai jenis cairan dalam tubuh seperti air mata, berpeluh, darah, air liur, serta beberapa jenis cairan dan enzim
- Membantu menyeimbangkan suhu badan melalui proses perpeluhan seterusnya berfungsi membersihkan kotoran dan racun dalam tubuh(flushing)
- Membantu melarutkan makanan sehingga meningkatkan penyerapan nutrisi
- Membantu “membersihkan” sistem tubuh dari racun melalui pembuangan urin
- Membantu melancarkankan peredaran darah keseluruh tubuh sehingga mencegah tekanan darah tinggi dan mendorong kesehatan jantung
- Membantu tahap metabolisme yang sihat bagi setiap individu
- Membantu proses pencernaan dan mencegah sembelit
- Melembabkan kulit dan rambut
- Meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan sekaligus dan membantu memerangi penyakit
Wahh banyak sekali khasiat yang diperolehi oleh tabiat minum air secukupnya untuk tubuh badan yang sihat!!
Jom jalani GAYA HIDUP LEBIH SIHAT dari sekarang
Anda Mampu Mengubahnya!
No comments:
Post a Comment