BANYAK FAEDAH KEPADA TUBUH BADAN YANG SIHAT DENGAN AMALAN BERJALAN |
Tabiat berjalan secara santai iaitu kira-kira 100 langkah selepas makan adalah amalan yang menyihatkan. Berbanding merehatkan tubuh anda dan bersantai di depan TV selepas makan. Menurut pakar, 15 minit ini cukup untuk meningkatkan kesihatan yang baik buat anda. Ini termasuklah :-
i) Penghadaman yang lebih lancar
ii) Membakar kalori
iii) Berupaya mengimbangi paras gula dalam tubuh anda,
Membantu Proses Pencernaan
------------------------------------
Proses penghadaman bermula sebaik sahaja seseorang itu makan hidangannya. Jus gaster dan enzim akan bekerja untuk menghadam makanan yang telah anda makan. Namun melalui langkah yang anda lakukan selama 15minit, anda secara tak langsung telah membantu mempercepatkan proses penghadaman ini. Selain itu, hal ini juga membantu komplikasi sakit perut yang sering berlaku disebabkan masalah ketakcernaan.
Mengalakkan metabolisme
------------------------------------
Walaupun corak pemakanan dan pengambilan kalori adalah kunci yang mempengaruhi metabolisme tubuh anda, namun melalui aktiviti ringan ini, ia akan membantu agar proses metabolisme meningkat serta mempengaruhi fungsi organ-organ lain dibadan.
Tidur lebih lena
---------------------
Tidur selepas makan pastinya tidak baik untuk kesihatan bukan? . Jadikan tidur anda lebih sihat selepas berjalan-jalan disekitar rumah anda. Tak perlulah jauh-jauh. Pastinya anda akan menikmati tidur yang lena selepas itu.
Melancarkan Peredaran Darah
--------------------------------------
Berjalan-jalan selepas makan bukan sahaja membantu menurunkan paras lemak dalam darah ( trigliserida dan kolestrol). Tetapi juga meningkatkan kelancaran peredaran darah di kebanyakan bahagian dalam tubuh. Ini adalah kerana bekalan darah dan oksigen yang sihat akan dibekalkan pada jantung akan melalui semua bahagian-bahagian organ dalam tubuh.
Mengekalkan Paras Gula Yang Rendah Untuk Tubuh
---------------------------------------
Buat mereka yang mengalami Diabetis melitus Type II, anda amat digalakkan berjalan selepas makan malam. Selepas dinner, biasanya bacaan darah akan naik jauh lebih tinggi disebabkan kerosakan komponen makanan.Oleh itu, amat penting untuk tubuh bergerak aktif selepas makan malam agar lebihan gula akan digunakan untuk mengawal tahap gula dalam badan.
Membantu Penurunan Berat Badan
---------------------------------------
Satu berita yang amat baik dan berguna bagi mereka yang sedang diet dan ingin kurus! Proses ini akan membakar kalori anda. Ia bukan sahaja mudah. Tapi membantu menurunkan berat badan jika dilakukan secara konsisten dan berterusan.