|
Carta Menunjukkan Bagaimana Makanan Yang GI Tinggi Menyebabkan Cepat Berasa LAPAR @ KENYANG |
MAKANAN
GI RENDAH BOLEH MEMBUATKAN ANDA BERASA KENYANG LEBIH LAMA DAN LAMBAT RASA LAPAR
Sudah pasti ianya
menyihatkan tubuh badan anda untuk jangka panjang. Justeru makanan GI rendah sangat membantu mereka yang bercadang untuk diet dan menjalani GAYA HIDUP LEBIH SIHAT
APA ITU GLYCEMIC
INDEX(GI)
Glycemic Index ialah
ukuran KARBOHIDRAT dalam makanan berdasarkan >>> berapa pantas 50g
karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras GLUKOSA(Gula) dalam DARAH. Kadang-kadang,
ia juga merujuk kepada berapa pantas INSULIN dirembeskan (oleh pancreas)
sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat
tersebut dicernakan
KENALI MAKANAN YANG
GI RENDAH
|
KANDUNGAN PURATA GI DALAM MAKANAN ANDA |
KEBAIKAN MAKANAN GI
RENDAH ANTARANYA IALAH :-
1i) Mengawal
diet pemakanan lebih sihat
2ii) Perut
sentiasa kenyang dan lambat lapar berbanding makanan tinggi GI
3iii) Membantu
mengawal peningkatan kolesterol dalam darah
4iv) Membantu
paras gula dalam darah menjadi lebi stabil
MENGAPA PENTINGNYA MEMAHAMI KONSEP GI
----------------------------
Semakin tinggi nilai
G.I semakin banyak INSULIN yang akan dirembeskan oleh kerana tindakbalas KARBOHIDRAT tersebut. Ini menjurus kepada terjadinya
fenomena yang dikenali sebagai “Insulin Spike”. Ketika fasa ini INSULIN akan
dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi GLUKOSA ke dalam sel.
Ini mengakibatkan
paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula
berfikir bahawa badan kekurangan sumber GLUKOSA, sekaligus memberikan isyarat
bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan, sekaligus
mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak. Sekarang anda faham mengapa
anda tidak pernah berasa puas atau kenyang setelah mengambil minuman/makanan
yang manis?
APA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI INSULIN SPIKE
----------------------------
Umum sedia maklum
fungsi hormon insulin, iaitu sebagai hormon yang bertanggungjawab untuk 4
perkara berikut (disusun mengikut turutan):
1 – membawa glukosa
ke dalam sel
2 – menukarkan
glukosa kepada glycogen di dalam sel
3 – membawa glycogen
yang berlebihan di sel untuk disimpan sementara di hati
4 – menukarkan
glycogen yang berlebihan di hati kepada LEMAK
Memandangkan insulin
adalah hormon yang bertanggungjawab kepada 4 proses biokimia di atas, maka
secara teorinya, jika kita berjaya mengurangkan kadar rembesen insulin, secara
tidak langsung kita sebenarnya berjaya mengurangkan risiko untuk karbohidrat
yang diambil ditukarkan kepada lemak badan
KESIMPULANNYA :- Untuk diet yang lebih sihat agar perut kurang berasa lapar. Perhatikan pengambilan makanan yang rendah GI dalam diet harian. Keadaan ini supaya agar INSULIN tidak dirembeskan terlalu banyak dalam satu-satu masa sehingga merasa cepat lapar kembali dan memerlukan makanan baru untuk dimakan(Tambahan Kalori baru dalam tubuh perlu dimasukkan)